Friday, October 4, 2013

KEMBALI SUA ... MOMENTUM "KEEP IN TOUCH" MASIH ADA

Salam hormat buat semua...

Mohon ampun dan maaf kerana agak lama menyepikan diri dari blog ini...Setiausaha masih setia berdiri teguh disini sambil memberi khidmat tambahnilai kepada usahawan-usahawan di luar sana. Jika dulu saya sentiasa keep in touch dengan pelanggan-pelanggan dibawah pengurusan Unitech Management Services, maka kini  Alhamdulillah, sehingga hari ini momentum untuk keep in touch dengan pelanggan-pelanggan sentiasa ada...membara...walaupun bukan dalam medium maya. Alhamdulillah diri ini masih mampu untuk memberi dan masih diperlukan.

Apa khabar kalian semua? Semoga semuanya beroleh kejayaan dalam usaha dan perniagaan masing-masing. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita masih diberikan nafas untuk terus hidup serta dapat menjalani ibadah seharian dengan sempurna. Allah masih memberikan kita tenaga, dan nadi kita terus berdetik bersama gerak kerja sistem badan dan anggota kita yang lain...mungkin dalam keadaan tanpa kita sedar.

Atas kunjungan anda ke sini, saya dengan rendah hati menjemput anda semua ke laman facebook page saya iaitu http://www.facebook.com/penangcompanysecretary . Laman ini dicipta untuk mengumpul para peniaga dan komuniti usahawan yang passion dengan perniagaan mereka. Laman ini adalah wadah untuk berkongsi maklumat yang boleh memberi manafaat untuk kebaikan bersama.

Saya sentiasa menanti khabar dari anda semua. Bagi mereka yang sudah lama tidak mendengar khabar, sudi-sudi mengunjungi pejabat Setiausaha Syarikat di Unitech management Services, di alamat No.48, Tingkat 1, Jalan Todak 4, Bandar Sunway, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Telefon pejabat 04-3909366 dan fax 04-3909367. Bagi mereka yang sentiasa mengunjungi dan menghubungi saya di talia 013-4232853, terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi peluang untuk saya terus berkhidmat dengan perniagaan anda. Tugas setiausaha..sentiasa bersedia dan setia.. :)

Sebelum mengakhiri coretan ini, saya menjemput juga tuan-tuan dan usahawan semua mengunjungi blog baru saya iaitu http://www.blogzaiabdullah.blogspot.com untuk perkongsian yang lebih umum. Terima kasih saya ucapkan kepada yang memberi LIKE kepada page http://www.facebook.com/penangcompanysecretary. Saya mendoakan semoga kita diberi hikmah dalam apa jua yang diusahakan.

Selamat maju jaya dalam semua lapangan yang anda ceburi...All the best.
Terima kasih dari saya Zai Abdullah.



Monday, October 25, 2010

www.myjobfocus.blogspot.com

This is my first blog created for people out there who need my help, my advice and my service on business and secretarial matters.

My formal office is located at Bandar Sunway Seberang Jaya, Penang. You can contact me personally with my number 013-4232853 (Ezaii) or you can speak with my assistance via 04-3909366 (Ayu) or 019-4156448 (Helmi) regarding our business services and for sure we can assist you better.

Thanks for your support.

Friday, October 22, 2010

WELCOME TO MYJOBFOCUS

MYJOBFOCUS merupakan blog perniagaan yang memberi info perkhidmatan pengurusan  perniagaan, perkhidmatan kesetiausahaan syarikat, perlesenan dan penyediaan kertas kerja kepada individu atau syarikat yang ingin memulakan perniagaan di Malaysia. Skop perkhidmatan kami adalah luas dan menepati kehendak dan keperluan anda dalam memulakan perniagaan atau mereka yang sudah mempunyai perniagaan tetapi memerlukan khidmat nasihat pengurusan bagi memantapkan lagi perniagaan sediada.


Pasukan kami adalah terdiri dari individu-individu muda yang berlatarbelakangkan profesional dan dinamik yang sedia memberi bantuan dan sokongan kepada anda melalui skop perkhidmatan kami yang pelbagai.

ShoutMix chat widget