SETIAUSAHA SYARIKAT DAN PERANANNYA

Menurut portal wikipedia Setiausaha Syarikat adalah seseorang yang bertindak sebagai pegawai pematuhan (compliance officer) di dalam sesebuah badan atau pertubuhan. Jawatan ini merupakan satu jawatan kanan dalam organisasi. Di Malaysia Setiausaha Syarikat dikuatkuasakan di bawah Akta Syarikat 1965. Akta ini mewajibkan kesemua badan atau pertubuhan yang didaftarkan di bawah akta ini mempunyai sekurang kurangnya seorang Setiausaha Syarikat. Walau bagaimanapun badan perniagaan kecil yang didaftar di bawah Pendaftaran Perniagaan (ROB) dikecualikan.

Pada amnya seseorang setiausaha syarikat hanya terlibat dalam urusan pentadbiran dan tidak terlibat dalam urusan perniagaan syarikat. Setiausaha syarikat mempunyai kuasa zahir untuk menjalankan tugas-tugas wajib yang berkaitan dengan pentadbiran hal-ehwal korporat syarikat seperti penyenggaraan daftar-daftar syarikat, penjagaan meterai biasa, pengendalian prosedur dan prosiding mesyuarat, penyediaan dokumen berkanun syarikat, penyeliaan maklumat korporat syarikat dan sebagainya.

Setiausaha Syarikat tidak bertindak seperti setiausaha biasa, sebaliknya ia lebih berfungsi sebagai wakil syarikat dalam penyediaan dokumen undang-undang, dan bertanggungjawab memastikan syarikat dan pengarah syarikat beroperasi dalam batas undang-undang seperti kehendak Akta Syarikat 1965.

ShoutMix chat widget